Selamat datang
Mariamyckss Tag
Links
Layout: vehemency |
Tuesday, February 17, 2009, 2:45 PM
Cerita bayan tiada menurut kata ibu bapanya (10 Feb 09)
Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu bapanya Watak dan perwatakan
Nilai dan Pengajaran Nilai
Ibu bayan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang tua dengan menasihati anak-anaknya agar tidak bersahabat dengan anak cerpelai. Bayan tua yang telah dibeli raja bertanggungjawab untuk meminta izin raja kerana berhasrat untuk pulang melihat anak bininya. Saudagar bertanggungjawab untuk mengubati luka anaknya sehingga dia sanggup membunuh anak kera. Bayan dalam cerita induk berasa tanggungjawab untuk menghalang Bibi Zainab bertemu dengan kekasihnya dengan menceritakan cerita yang menarik kepadanya. Pengajaran
Memilih kawan yang betul itu tepat sekali. Kawan yang setia dan baik jangan diabaikan kerana merekalah yang akan mendampingi kita dalam kesusahan. Sebaliknya, kawan yang tidak setia dan busuk hati harus kita jauhi.
Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak supaya mereka jadi orang yang bermakna seperti yang telah digambarkan oleh ibu bapa bayan dalam prosa ini.
Usah amalkan sikap cepat marah. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.
Ibu bapa paling memahami diri anaknya. Nasihat yang diberikan adalah untuk kebaikan anak-anak. Oleh itu, kita harus menurut nasihat ibu bapa. Monday, August 25, 2008, 1:14 AM
Watak dan Perwatakan (18 OGOS 08)
Muliati Latar Belakang Muliati ialah seorang pelajar cacat yang didahagai kasih sayang semenjak keluarganya meninggal dunia dalam nahas jalan raya. Dia tinggal bersama neneknya yang semakin tua. Perwatakan: 1) Dia reda dengan kecacatan fizikalnya. "Selagi hidup, selagi itu perjuangan tidak akan tamat". 2) Dia menghiraukan kawannya yang mengejek dan menghinanya. 3) Dia setia dengan cikgunya walaupun "perkasihan mereka retak menanti belah". Cikgu Balqis Latar Belakang Cikgu Balqis ialah insan yang paling Muliati kagumi. Dialah yang telah menyara persekolahan dan mencurahkan kasih sayang buat Muliati. Sudah lima tahun dia telah berumah tangga tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Oleh itu, dia menggangap Muliati sebagai anaknya sendiri. Perwatakan: 1) Cikgu Balqis tabah kerana belum terkabul hajatnya untuk mempunyai cahaya mata. 2) Cikgu mendorong Muliati agar jangan mudah menyerah kalah yang membuatkan Muliati bertapak jua di menara gading. 3) Dia mulia hati kerana telah menolong Muliati meredakan kesesakan hidup. Dia yang telah menyara persekolah Muliati dan juga memberinya kasih sayang. Sunday, August 24, 2008, 12:42 AM
Sajak (18 OGOS 08)
Aku dan dia,Kawan sejak lama, Sedih bersama, gembira pun bersama Tidak akan kulupa masa kita berdua Telah diuji persahabatan kita Berpegang teguh terus setia Akhirnya juga, kita kembali jua Monday, August 4, 2008, 4:16 PM
Watak dan Perwatakan (II) (4 OGOS 08)
Watak SenjaSenja seorang yang 3:28 PM
Watak dan Perwatakan (I) (4 OGOS 08)
Watak SubuhSubuh berinisiatif kerana dia bekerja sebagai pencuci pinggan-mangkuk di Pusat Makanan Haw Par untuk mencari duit. Dia tahu bapanya tidak berpendapatan tinggi untuk menyara keluarganya yang besar itu. Walaupun dia seorang yang miskin, dia bekerja bertungkus-lumus agar dapat melanjutkan belajar ke maktab rendah elite. Subuh seorang yang baik hati. Dia menolong Encik Rodrigues dan Cikgu Roziah daripada dirompak di Science Park. Dia juga menyelamatkan Senja daripada lemas di laut 12 tahun yang lalu dan Bujang, daripada dituduh mencuri alat-alat lukisan semasa di sekolah. Subuh hidup tanpa berdendam. Dia tidak memasukkan dalam hati sikap Mr Rodrigues yang suka menghukum Subuh dan rakan-rakannya tanpa alasan. Mr Rodrigues juga pernah menyebat Subuh di khayalak ramai. Dia tidak berdendam pada ibu tirinya yang sangka Subuh tidak boleh tahan lama menjaga adiknya. Dia juga gigih untuk belajar hingga ke pringkat universiti kerana dia hendak membuktikan bahawa anak pulau juga boleh meneruskan pelajaran mereka hingga ke menara gading. Dia berusaha untuk melakukan terbaik bagi peperiksaannya kerana telah berjasa kepada Cikgu Saerah yang telah membayarkan yuran peperiksaannya. Subuh tidak suka menceritakan keburukkan orang kepada orang lain. Dia meminta rakan-rakannya untuk berjanji padanya agar tidak membuka rahsia hubungan sulit antara Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah. Monday, July 28, 2008, 3:12 PM
Pencerakinan (28 JULAI 08)
Berdasarkan novel "Subuh Hilang Senja", terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat. Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu. (20 markah)Novel "Subuh Hilang Senja"yang ditulis Suratman Markasan adalah sebuah novel yang diseliputi dengan pelbagai pengajaran. Pertama sekali, kita dapat pelajari tentang sikap hormat terhadap orang-orang miskin iaitu kita tidak boleh memandang rendah pada mereka. Mereka semua sama-sama manusia kecuali kurang berkemampuan dari segi keewangan. Tetapi, mereka mempunyai kebijaksanaan. Ini dapat kita lihat apabila Subuh, yang datang daripada keluarga miskin, berjaya pergi ke Raffles Institution dan seterusnya ke maktab rendah elite. Ini kerana sifat terpujinya yang hidup berdikari dan mempunyai inisiatif. Subuh mampu mencari rezeki kerana dia tahu pendapatan bapanya tidak seberapa untuk menyara kehidupan keluarga besarnya. Pengajaran kedua yang dapat saya perolehi adalah perbezaan bangsa yang tidak menghalang Subuh dan Senja, masing-masing beragama Melayu dan Cina, untuk berkawan rapat. Di dalam proses persahabatan mereka, Senja terpengaruh dengan sifat-sifat anak Melayu dan juga agama Islam. Senja pernah tergerak hati untuk memeluk agama Islam dan Subuh menasihati Senja agar sentiasa ingat kepada tuhan. Senja juga sedang belajar solat. Ayah Senja, Tan Peng San juga telah memberi sedikit wang kepada ayah Subuh kerana ayah Subuh pernah menolong Tan Peng San untuk membuka kedai sewaktu mereka tinggal di pulau dahulu yang telah sedikit sebanyak meringankan hidup mereka sekarang ini. Keteguhan Subuh dan kawan-kawannya berpegang kepada janji tentang rahsia hubungan Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah akhirnya membuktikan Mr Rodrigues dan Mrs Teo Lam Tay salah setelah sekian lama memencilkan orang-orang yang berlainan bangsa. Contoh-contoh itu membuktikan bahawa kita harus bersikap adil dengan semua bangsa. Ketiga, adalah sikap kegigihan Subuh yang sentiasa bekerja bertungkus-lumus untuk membayar yuran maktab rendahnya. Mereka tidak pernah sesekali berdendam pada guru-guru mereka walaupun mereka dihukum atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Sebaliknya, mereka tidak pernah membocorkan rahsia hubungan sulit Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah agar mereka tidak mendapat malu. Subuh juga berkeyakinan untuk cemerlang dalam peperiksaannya sebagai tanda terima kasih kerana Cikgu Saerah telah menolong membayarkan yuran peperiksaannya. Subuh serius untuk mencapai cita-citanya melanjutkan pelajaran ke universiti yang hanya selangkah lagi. Terakhir sekali, penulis ingin menegaskan bahawa kita tidak harus menilai seseorang itu daripada penampilannya. Jika seseorang itu berpenampilan buruk, itu tidak bermakna dia seorang yang baik dan sebaliknya. Contohnya, Mr Rodrigues adalah seorang serani yang kebanyakan daripada mereka berpenampilan kacak sehingga membuat Cikgu Roziah terpikat padanya. Walaupun itu, dia bukan seorang yang berperangai baik. Contoh kelakuan Mr Rodrigues yang kurang baik adalah sikapnya yang sering menghukum Subuh dan rakan-rakannya akibat kesalahan yang kecil. Dia juga dikatakan seorang yang memihak kepada bangsa yang berkulit putih sahaja. Dalam istilah inggeris, Mr Rodrigues boleh disifatkan sebagai seorang yang 'racist'. Daripada contoh-contoh di atas, kita dapat tahu bahawa rupa tidak melambangkan watak sebenar orang itu. TAMAT. |