|
Selamat datang
Mariamyckss Tag
Links
Layout: vehemency |
Monday, July 28, 2008, 3:12 PM
Pencerakinan (28 JULAI 08)
Berdasarkan novel "Subuh Hilang Senja", terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat. Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu. (20 markah)Novel "Subuh Hilang Senja"yang ditulis Suratman Markasan adalah sebuah novel yang diseliputi dengan pelbagai pengajaran. Pertama sekali, kita dapat pelajari tentang sikap hormat terhadap orang-orang miskin iaitu kita tidak boleh memandang rendah pada mereka. Mereka semua sama-sama manusia kecuali kurang berkemampuan dari segi keewangan. Tetapi, mereka mempunyai kebijaksanaan. Ini dapat kita lihat apabila Subuh, yang datang daripada keluarga miskin, berjaya pergi ke Raffles Institution dan seterusnya ke maktab rendah elite. Ini kerana sifat terpujinya yang hidup berdikari dan mempunyai inisiatif. Subuh mampu mencari rezeki kerana dia tahu pendapatan bapanya tidak seberapa untuk menyara kehidupan keluarga besarnya. Pengajaran kedua yang dapat saya perolehi adalah perbezaan bangsa yang tidak menghalang Subuh dan Senja, masing-masing beragama Melayu dan Cina, untuk berkawan rapat. Di dalam proses persahabatan mereka, Senja terpengaruh dengan sifat-sifat anak Melayu dan juga agama Islam. Senja pernah tergerak hati untuk memeluk agama Islam dan Subuh menasihati Senja agar sentiasa ingat kepada tuhan. Senja juga sedang belajar solat. Ayah Senja, Tan Peng San juga telah memberi sedikit wang kepada ayah Subuh kerana ayah Subuh pernah menolong Tan Peng San untuk membuka kedai sewaktu mereka tinggal di pulau dahulu yang telah sedikit sebanyak meringankan hidup mereka sekarang ini. Keteguhan Subuh dan kawan-kawannya berpegang kepada janji tentang rahsia hubungan Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah akhirnya membuktikan Mr Rodrigues dan Mrs Teo Lam Tay salah setelah sekian lama memencilkan orang-orang yang berlainan bangsa. Contoh-contoh itu membuktikan bahawa kita harus bersikap adil dengan semua bangsa. Ketiga, adalah sikap kegigihan Subuh yang sentiasa bekerja bertungkus-lumus untuk membayar yuran maktab rendahnya. Mereka tidak pernah sesekali berdendam pada guru-guru mereka walaupun mereka dihukum atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Sebaliknya, mereka tidak pernah membocorkan rahsia hubungan sulit Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah agar mereka tidak mendapat malu. Subuh juga berkeyakinan untuk cemerlang dalam peperiksaannya sebagai tanda terima kasih kerana Cikgu Saerah telah menolong membayarkan yuran peperiksaannya. Subuh serius untuk mencapai cita-citanya melanjutkan pelajaran ke universiti yang hanya selangkah lagi. Terakhir sekali, penulis ingin menegaskan bahawa kita tidak harus menilai seseorang itu daripada penampilannya. Jika seseorang itu berpenampilan buruk, itu tidak bermakna dia seorang yang baik dan sebaliknya. Contohnya, Mr Rodrigues adalah seorang serani yang kebanyakan daripada mereka berpenampilan kacak sehingga membuat Cikgu Roziah terpikat padanya. Walaupun itu, dia bukan seorang yang berperangai baik. Contoh kelakuan Mr Rodrigues yang kurang baik adalah sikapnya yang sering menghukum Subuh dan rakan-rakannya akibat kesalahan yang kecil. Dia juga dikatakan seorang yang memihak kepada bangsa yang berkulit putih sahaja. Dalam istilah inggeris, Mr Rodrigues boleh disifatkan sebagai seorang yang 'racist'. Daripada contoh-contoh di atas, kita dapat tahu bahawa rupa tidak melambangkan watak sebenar orang itu. TAMAT. |