|
Selamat datang
Mariamyckss Tag
Links
Layout: vehemency |
Monday, August 25, 2008, 1:14 AM
Watak dan Perwatakan (18 OGOS 08)
Muliati Latar Belakang Muliati ialah seorang pelajar cacat yang didahagai kasih sayang semenjak keluarganya meninggal dunia dalam nahas jalan raya. Dia tinggal bersama neneknya yang semakin tua. Perwatakan: 1) Dia reda dengan kecacatan fizikalnya. "Selagi hidup, selagi itu perjuangan tidak akan tamat". 2) Dia menghiraukan kawannya yang mengejek dan menghinanya. 3) Dia setia dengan cikgunya walaupun "perkasihan mereka retak menanti belah". Cikgu Balqis Latar Belakang Cikgu Balqis ialah insan yang paling Muliati kagumi. Dialah yang telah menyara persekolahan dan mencurahkan kasih sayang buat Muliati. Sudah lima tahun dia telah berumah tangga tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Oleh itu, dia menggangap Muliati sebagai anaknya sendiri. Perwatakan: 1) Cikgu Balqis tabah kerana belum terkabul hajatnya untuk mempunyai cahaya mata. 2) Cikgu mendorong Muliati agar jangan mudah menyerah kalah yang membuatkan Muliati bertapak jua di menara gading. 3) Dia mulia hati kerana telah menolong Muliati meredakan kesesakan hidup. Dia yang telah menyara persekolah Muliati dan juga memberinya kasih sayang. |