|
Selamat datang
Mariamyckss Tag
Links
Layout: vehemency |
Monday, August 4, 2008, 3:28 PM
Watak dan Perwatakan (I) (4 OGOS 08)
Watak SubuhSubuh berinisiatif kerana dia bekerja sebagai pencuci pinggan-mangkuk di Pusat Makanan Haw Par untuk mencari duit. Dia tahu bapanya tidak berpendapatan tinggi untuk menyara keluarganya yang besar itu. Walaupun dia seorang yang miskin, dia bekerja bertungkus-lumus agar dapat melanjutkan belajar ke maktab rendah elite. Subuh seorang yang baik hati. Dia menolong Encik Rodrigues dan Cikgu Roziah daripada dirompak di Science Park. Dia juga menyelamatkan Senja daripada lemas di laut 12 tahun yang lalu dan Bujang, daripada dituduh mencuri alat-alat lukisan semasa di sekolah. Subuh hidup tanpa berdendam. Dia tidak memasukkan dalam hati sikap Mr Rodrigues yang suka menghukum Subuh dan rakan-rakannya tanpa alasan. Mr Rodrigues juga pernah menyebat Subuh di khayalak ramai. Dia tidak berdendam pada ibu tirinya yang sangka Subuh tidak boleh tahan lama menjaga adiknya. Dia juga gigih untuk belajar hingga ke pringkat universiti kerana dia hendak membuktikan bahawa anak pulau juga boleh meneruskan pelajaran mereka hingga ke menara gading. Dia berusaha untuk melakukan terbaik bagi peperiksaannya kerana telah berjasa kepada Cikgu Saerah yang telah membayarkan yuran peperiksaannya. Subuh tidak suka menceritakan keburukkan orang kepada orang lain. Dia meminta rakan-rakannya untuk berjanji padanya agar tidak membuka rahsia hubungan sulit antara Mr Rodrigues dan Cikgu Roziah. |