|
Selamat datang
Mariam
yckss
Tag
Links
Layout: vehemency
Icon: reruntherace
|
Tuesday, February 17, 2009, 2:45 PM
Cerita bayan tiada menurut kata ibu bapanya (10 Feb 09)
Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu bapanya Watak dan perwatakan - Bayan ialah watak utama. Dia mempunyai tiga ekor anak dan tinggal dalam lubng di sebatang pokok. Bayan sangat menyayangi anak-anaknya. Dia menasihati anaknya agar tidak berteman dengan cerpelai kerana cerpelai itu tidak setia. Bayan juga bijak kerana telah membuat helah agar anak-anaknya berpura-pura mati ketika budak datang untuk menangkap dia dan anak-anaknya. Dia jujur kerana telah memberitahu raja bahawa dia akan pulang menemui anak bininya.
- Anak-anak bayan suka bersahabat dengan anak cerpelai. Mereka telah dinasihati berulang kali supaya tidak berkawan dengan anak cerpelai tetapi mereka keras kepala. Perbuatan mereka telah mengakibatkan mereka sekeluarga ditimpa musibah. Tetapi, akhirnya mereka mengikut perintah ibu bapa agar mematikan diri ketika budak itu datang untuk menangkap mereka.
- Ibu bapa cerpelai tinggal dalam lubang di sebatang pokok. Mereka merupakan jiran bayan. Mereka sayang akan anak-anak kerana mereka menangis ketika anak mereka diambil oleh seorang budak. Ibu bapa cerpelai busuk hati. Mereka meminta nasihat serigala agar anak bayan itu juga dilenyapkan daripada mata ibu bapanya.
- Saudagar hanya memementingkan dirinya sendiri. Dia sanggup membunuh anak kera itu demi menyelamatkan nyawa anaknya.
- Anak saudagar baik hati dan setia kepada kawan. Dia lebih rela mati daripada membenarkan ayahnya membunuh anak kera bagi mengubat lukanya. Dia digambarkan pemarah. Dia menghunuskan pisaunya untuk membunuh anak kera, ketika anak kera menghamburkan buat catur kepadanya.
- Anak kera bersahabat dengan anak saudagar. Walaupun dilarang oleh bapanya, dia tetap degil dan masih berkawan dengan anak saudagar. Anak kera juga bersifat panas baran. Dia tidak dapat menahan rasa kemarahannya ketika kalah bermain catur dan akhirnya menghamburkan catur itu kepada anak saudagar.
- Budak tidak berperikemanusiaan. Dia suka menganiaya binatang. Dalam prosa ini, budak telah menangkap anak cerpelai dan bayan. Dia juga bersifat tamak. Bayan tua menyuruh budak untuk menjualnya kepada raja dengan harga dua ribu dinar. Sebaliknya, dia menjual bayan dengan harga empat ribu dinar.
- Raja berpenyakit sopak. Raja bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Selain itu, dia juga adil dan memegang pada janjinya. Dia melepaskan bayan tua setelah bayan itu berjaya menyembuh penyakit sopaknya kerana dia berhasrat untuk bertemu dengan anak bininya.
- Bayan dalam cerita induk bijaksana. Dia berjaya menghalang pertemuan Bibi Zainab dengan kekasihnya dengan menceritakan kisahnya yang menarik.
- Bibi Zainab ialah isteri kepada Khojah Maimun. Dia tidak setia kepada suami. Niatnya untuk berjumpa dengan kekasihnya dihalang oleh bayan. Dia asyik mendengar cerita daripada bayan hingga terlalai untuk bertemu kekasihnya.
Nilai dan Pengajaran Nilai - Baik hati.
Anak saudagar yang berteman dengan anak kera lebih rela mati daripada membenarkan ayahnya membunuh anak kera demi menyelamatkannya. Dalam prosa ini juga raja melepaskan bayan yang ingin melihat anak bininya. Raja melepaskan bayan yang telah mengubati penyakit sopaknya walaupun bayan telah dibeli dengan harga yang mahal.
- Kebijaksanaan.
Bayan bijak menyuruh anak-anaknya mematikan diri ketika budak datang untuk menangkap mereka. Bayan dalam cerita induk pula bijak menyampaikan ceritanya yang menarik kepada Bibi Zainab untuk menghalangnya daripada berjumpa dengan kekasihnya walaupun sudah bersuami.
- Kasih sayang.
Bayan menasihati anaknya agar jangan bersahabat dengan anak cerpelai kerana dia tidak setia. Bayan juga menyuruh anak-anaknya mematikan diri ketika budak datang untuk menangkap mereka. Ibu bapa cerpelai menangis apabila anak mereka diambil budak. Saudagar sanggup membunuh anak kera untuk mengubati luka anaknya.
Ibu bayan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang tua dengan menasihati anak-anaknya agar tidak bersahabat dengan anak cerpelai. Bayan tua yang telah dibeli raja bertanggungjawab untuk meminta izin raja kerana berhasrat untuk pulang melihat anak bininya. Saudagar bertanggungjawab untuk mengubati luka anaknya sehingga dia sanggup membunuh anak kera. Bayan dalam cerita induk berasa tanggungjawab untuk menghalang Bibi Zainab bertemu dengan kekasihnya dengan menceritakan cerita yang menarik kepadanya. Pengajaran - Kita harus pandai untuk memilih kawan.
Memilih kawan yang betul itu tepat sekali. Kawan yang setia dan baik jangan diabaikan kerana merekalah yang akan mendampingi kita dalam kesusahan. Sebaliknya, kawan yang tidak setia dan busuk hati harus kita jauhi. - Ibu bapa harus menjalankan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak supaya mereka jadi orang yang bermakna seperti yang telah digambarkan oleh ibu bapa bayan dalam prosa ini. Usah amalkan sikap cepat marah. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri. - Jangan mengambil remeh nasihat ibu bapa
Ibu bapa paling memahami diri anaknya. Nasihat yang diberikan adalah untuk kebaikan anak-anak. Oleh itu, kita harus menurut nasihat ibu bapa.
|